CADANGAN TEMPAT-TEMPAT TERAPI OZON
•
Klinik Penawar, Semenyih
Sentral
* p/s : sila tekan link untuk mendapat maklumat lanjut
KESIMPULAN TERAPI OZON
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang
mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai
bakal pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kreatif dalam
membantu kanak-kanak menempuhi proses pengajaran dan pembelajaran secara
optimum sekaligus dapat membantu dalam menjalani kehidupan. Namun begitu,
langkah awal perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak dengan keperluan khas
diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran yang
diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang
ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan
pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka ( Jamila K.A.
Mohamed, 2006).
Bagi
membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi yang maksimum sesuai
dengan keupayaan mereka, guru bolehlah menjalankan program terapi. Terapi merupakan kaedah yang dapat membantu
individu yang mempunyai kepelbagaian masalah yang melibatkan kognitif, emosi,
sosial dan psikomotor dalam mencapai perkembangan secara maksimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak aktiviti terapi boleh
dijalankan kepada kanak-kanak khas seperti terapi fisio, terapi kuda, terapi
cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan lain-lain.
Kemajuan dunia
dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada manusia. Begitu juga
dengan perkembangan terapi. Kini, terapi ozon semakin mendapat tempat di
kalangan masyarakat di negara ini yang
mahu mencuba rawatan alternatif. Terapi ini dikatakan dapat mengubati banyak
penyakit seperti eczema, AIDS, dan
lain-lain. Oleh itu, penggunaan yang meluas kepada pelbagai penyakit berikut
telah menarik ramai orang untuk mencuba kaedah alternatif ini.
Namun begitu, penggunaan terapi kepada kanak-kanak khas di
negara ini masih lagi di peringkat awal. Mungkin terdapat kekangan yang
menghalang kanak-kanak khas daripada mencuba terapi ini seperti penggunaan alat
yang mahal, sukar didapati di kawasan berhampiran sekolah dan lain-lain.
Malahan, terdapat kajian atau data yang mengatakan bahawa penggunaan terapi
ozon sebagai pilihan terapi untuk kepelbagaian jenis keadaan kesihatan kurang
mencukupi bukti keselamatannya dan tidak diyakini mempunyai kelebihan daripada
terapi-terapi lain.
Oleh itu, sebagai seorang guru, pemilihan terapi yang betul
dan teliti akan dapat membantu murid-murid mengalami pengalaman baru sekaligus
membantu meminimumkan masalah yang mereka hadapi untuk menempuh alam kehidupan.
Biarlah kepelbagaian terapi diterapkan kepada murid-murid agar mereka berasa
seronok dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.
Kanak-kanak khas perlu dibimbing agar kebolehannya dapat dioptimumkan |