twitter
rss


CADANGAN TEMPAT-TEMPAT TERAPI OZON

         Klinik Penawar, Semenyih Sentral 

          



*  p/s : sila tekan link untuk mendapat maklumat lanjut



KESIMPULAN TERAPI OZON



Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai bakal pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kreatif dalam membantu kanak-kanak menempuhi proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum sekaligus dapat membantu dalam menjalani kehidupan. Namun begitu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak dengan keperluan khas diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka ( Jamila K.A. Mohamed, 2006).
                Bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, guru bolehlah menjalankan program terapi.  Terapi merupakan kaedah yang dapat membantu individu yang mempunyai kepelbagaian masalah yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor dalam mencapai perkembangan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak aktiviti terapi boleh dijalankan kepada kanak-kanak khas seperti terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan lain-lain.
          Kemajuan dunia dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada manusia. Begitu juga dengan perkembangan terapi. Kini, terapi ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat  di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Terapi ini dikatakan dapat mengubati banyak penyakit seperti eczema, AIDS, dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan yang meluas kepada pelbagai penyakit berikut telah menarik ramai orang untuk mencuba kaedah alternatif ini.
Namun begitu, penggunaan terapi kepada kanak-kanak khas di negara ini masih lagi di peringkat awal. Mungkin terdapat kekangan yang menghalang kanak-kanak khas daripada mencuba terapi ini seperti penggunaan alat yang mahal, sukar didapati di kawasan berhampiran sekolah dan lain-lain. Malahan, terdapat kajian atau data yang mengatakan bahawa penggunaan terapi ozon sebagai pilihan terapi untuk kepelbagaian jenis keadaan kesihatan kurang mencukupi bukti keselamatannya dan tidak diyakini mempunyai kelebihan daripada terapi-terapi lain.
Oleh itu, sebagai seorang guru, pemilihan terapi yang betul dan teliti akan dapat membantu murid-murid mengalami pengalaman baru sekaligus membantu meminimumkan masalah yang mereka hadapi untuk menempuh alam kehidupan. Biarlah kepelbagaian terapi diterapkan kepada murid-murid agar mereka berasa seronok dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Kanak-kanak khas perlu dibimbing agar kebolehannya dapat dioptimumkan







0 comments:

Post a Comment