twitter
rss

Konsep & DEFINISI TERAPI OZON


Istilah yang menggambarkan beberapa amalan yang berbeza di mana oksigen, ozon atau hydrogen peroksida ditakbir melalui cecair atau gas untuk membunuh mikroorganisma yang jahat, meningkatkan fungsi sel, dan menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak. Rasional di sebalik terapi ozon ini ialah seperti yang mereka sering dikenali,  tanggapan bahawa selagi keperluan antioksidan bagi  badan dipenuhi, penggunaan bahan oksidatif tertentu akan merangsang pergerakan atom oksigen daripada saluran darah ke sel badan. Ozon sendiri terdiri daripada oksigen, terhasil apabila sinaran ultraungu atau aliran elektrik melalui udara atau oksigen.

Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai.


SEJARAH TERAPI OZON

Sejarah terapi ozon bermula di German di mana Werner Von Siemens membina paip sedutan pertama untuk membunuh mikroorganisma pada tahun 1857. Baron Justus Von Liebig pula ahli kimia pertama yang meneroka aplikasi ozon untuk kegunaan manusia. Kemudian para sainstis Rusia mempercepatkan penyelidikan perubatan dan berkongsi pengetahuan dengan Negara-negara Bersatu. Selain itu, pengetahuan tersebut juga dikongsikan bersama dengan seluruh dunia terutama sekali selepas Perang Dunia Kedua.
Werner Von Siemens 
Di Sepanyol, terapi ozon mempunyai kesan yang bermanfaat di mana gas di dalam badan diperbaiki. Ozon bertindak sebagai anti oksida dan merangsang sel darah putih yang akan meningkatkan pertahanan badan sekaligus sel darah merah akan meningkatkan pembebasan oxygen untuk pengangkutan oxygen ke sel-sel badan yang baik. Manakala doktor-doktor di Jerman akan menggunakan anti oksida sebelum dan selepas sesi terapi ozon. Langkah ini penting bagi memastikan badan kita tidak menghasilkan radikal bahaya yang boleh memulakan proses mutasi.





0 comments:

Post a Comment