twitter
rss


CADANGAN TEMPAT-TEMPAT TERAPI OZON

         Klinik Penawar, Semenyih Sentral 

          



*  p/s : sila tekan link untuk mendapat maklumat lanjut



KESIMPULAN TERAPI OZON



Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai bakal pendidik, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kreatif dalam membantu kanak-kanak menempuhi proses pengajaran dan pembelajaran secara optimum sekaligus dapat membantu dalam menjalani kehidupan. Namun begitu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan kanak-kanak dengan keperluan khas diberi rangsangan yang cukup bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian dengan mengetahui ciri-ciri kekuatan yang ada pada kanak-kanak itu. Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain dan pastinya ada program yang dapat memberi manfaat kepada mereka ( Jamila K.A. Mohamed, 2006).
                Bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, guru bolehlah menjalankan program terapi.  Terapi merupakan kaedah yang dapat membantu individu yang mempunyai kepelbagaian masalah yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor dalam mencapai perkembangan secara maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, terdapat banyak aktiviti terapi boleh dijalankan kepada kanak-kanak khas seperti terapi fisio, terapi kuda, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi muzik dan lain-lain.
          Kemajuan dunia dalam bidang perubatan banyak memberi kebaikan kepada manusia. Begitu juga dengan perkembangan terapi. Kini, terapi ozon semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat  di negara ini yang mahu mencuba rawatan alternatif. Terapi ini dikatakan dapat mengubati banyak penyakit seperti eczema, AIDS, dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan yang meluas kepada pelbagai penyakit berikut telah menarik ramai orang untuk mencuba kaedah alternatif ini.
Namun begitu, penggunaan terapi kepada kanak-kanak khas di negara ini masih lagi di peringkat awal. Mungkin terdapat kekangan yang menghalang kanak-kanak khas daripada mencuba terapi ini seperti penggunaan alat yang mahal, sukar didapati di kawasan berhampiran sekolah dan lain-lain. Malahan, terdapat kajian atau data yang mengatakan bahawa penggunaan terapi ozon sebagai pilihan terapi untuk kepelbagaian jenis keadaan kesihatan kurang mencukupi bukti keselamatannya dan tidak diyakini mempunyai kelebihan daripada terapi-terapi lain.
Oleh itu, sebagai seorang guru, pemilihan terapi yang betul dan teliti akan dapat membantu murid-murid mengalami pengalaman baru sekaligus membantu meminimumkan masalah yang mereka hadapi untuk menempuh alam kehidupan. Biarlah kepelbagaian terapi diterapkan kepada murid-murid agar mereka berasa seronok dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

Kanak-kanak khas perlu dibimbing agar kebolehannya dapat dioptimumkan








MASALAH DALAM TERAPI OZON



      KOS MAHAL


ü  Memerlukan kos yang mahal untuk setiap sesi
ü  Mesin tabung yang mengandungi gas ozon yang terkawal pengambilannya


KESAN SAMPINGAN


Umumnya pesakit akan mengalami beberapa gejala sampingan (side effect) akibat dari menjalani terapi ozon
ü  Sakit dada
ü  sesak nafas
ü  Pening
Pesakit terapi ozon ini seharusnya mengambil antioksidan selama menjalani terapi. Fungsi antioksidan sangat penting kerana khuatir doktor memberikan dos ozon yang berlebihan, sehingga memberikan radikal dalam tubuh yang menyebabkan gangguan pada sel tubuh. Antioxidant akan membuat proses terapi ozon ini tetap terkawal (keep the process in check). Hal ini kerana Tubuh manusia yang sihat memiliki kadar antioksidan yang cukup, sehingga aktiviti radikal bebas dapat disekat. Namun apabila menjalani terapi ozon, ianya memberikan radikal baru dari luar.


PENGGUNAAN JENIS-JENIS TERAPI OZON




BAGAIMANA TERAPI OZON DIJALANKAN?

Proses terapi ozon dijalankan


KEPENTINGAN TERAPI OZON


DARI SEGI KESIHATAN

  • Menyahaktif virus, bakteria, kulat fungus dan protozoa
  • Merangsang sistem pertahanan badan atau imun
  • Memusnahkan radikal bebas
  • Mencegah koma dan kejutan
  • Menghentikan pendarahan
  • Menghalang dan merawat penyakit berjangkit
  • Menghalang penyakit degeneratif
  • Memperbaiki fungsi otak dan ingatan
  • Meleraikan gumpalan sel darah merah, memperbaiki pengangkutan oksigen, dan aliran darah
  • Menstabilkan penghasilan hormon dan enzim
  • Memecahkan lemak iaitu kolestrol dan trigliserid membersihkan arteri & vena
  • Mengurangkan radang atau inflamasi
  • Menyingkirkan toksin
Amalan hidup sihat membantu kanak-kanak cergas dan pintar


DARI SEGI MAKANAN
  • Menyahtoksik buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, ikan, daging
  • Menghapuskan racun serangga, bahan kimia pada makanan
  • Menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran ranggup
  • Mengeluarkan antibioti pada bahan makanan
  • Mengekalkan kesegaran makanan
Makanan berkhasiat akan membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

DARI SEGI KEBERSIHAN

  • Mensteril peralatan dapur dan botol susu bayi
  • Membantu mengatasi masalah kelemumur, jeragat, jerawat dan bintik hitam





Konsep & DEFINISI TERAPI OZON


Istilah yang menggambarkan beberapa amalan yang berbeza di mana oksigen, ozon atau hydrogen peroksida ditakbir melalui cecair atau gas untuk membunuh mikroorganisma yang jahat, meningkatkan fungsi sel, dan menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak. Rasional di sebalik terapi ozon ini ialah seperti yang mereka sering dikenali,  tanggapan bahawa selagi keperluan antioksidan bagi  badan dipenuhi, penggunaan bahan oksidatif tertentu akan merangsang pergerakan atom oksigen daripada saluran darah ke sel badan. Ozon sendiri terdiri daripada oksigen, terhasil apabila sinaran ultraungu atau aliran elektrik melalui udara atau oksigen.

Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai.


SEJARAH TERAPI OZON

Sejarah terapi ozon bermula di German di mana Werner Von Siemens membina paip sedutan pertama untuk membunuh mikroorganisma pada tahun 1857. Baron Justus Von Liebig pula ahli kimia pertama yang meneroka aplikasi ozon untuk kegunaan manusia. Kemudian para sainstis Rusia mempercepatkan penyelidikan perubatan dan berkongsi pengetahuan dengan Negara-negara Bersatu. Selain itu, pengetahuan tersebut juga dikongsikan bersama dengan seluruh dunia terutama sekali selepas Perang Dunia Kedua.
Werner Von Siemens 
Di Sepanyol, terapi ozon mempunyai kesan yang bermanfaat di mana gas di dalam badan diperbaiki. Ozon bertindak sebagai anti oksida dan merangsang sel darah putih yang akan meningkatkan pertahanan badan sekaligus sel darah merah akan meningkatkan pembebasan oxygen untuk pengangkutan oxygen ke sel-sel badan yang baik. Manakala doktor-doktor di Jerman akan menggunakan anti oksida sebelum dan selepas sesi terapi ozon. Langkah ini penting bagi memastikan badan kita tidak menghasilkan radikal bahaya yang boleh memulakan proses mutasi.